Pages

~Ikatan Suci~

~Hafiz + Nadia = Iyad~

~Hafiz + Nadia = Abid~

Tuesday, May 24, 2011

~Di bawah lindungan Ka'abah~

"Abang! Ini adalah takdir Allah s.w.t. Kita terima bang dengan penuh redha." Ujur si isteri kepada suami sambil meriba anak cacat yang baru dilahirkan itu. "Ahhh!! Begitu mudah kau kata takdir. Ini adalah akibat dirimu yang sial, maka lahirlah anak yang cacat ini...!" jawab suami menafikan kata-kata isterinya.

Si suami terus marah-marah menyalahkan isterinya. Kelahiran anak cacat yang tidak diingini itu kononnya berpunca dari si isteri, isteri yang membawa sial. Isteri bawa malu kepada suami dan seluruh keluarganya.

"Keturunan abang adalah molek-molek belaka. Tak ada yang cacat seperti anak kau ini." berleter si suami dengan bibir mencebik menghina isteri. Isteri terdiam kaku. Dia tidak mahu bersuara lagi. Dia hanya terus menangis dan terus menangis. Itulah bermulanya detik kepahitan hidup yang dirasai oleh seorang ibu muda. Mimpi indah selama ini telah padam dan diganti dengan kepahitan. Derita dan susah. Dirinya dihina dan dicemuh oleh suami sendiri.

Bayi yang masih merah disisinya itu belum tahu erti penderitaan dalam hidup. Ibunya tidak mahu menyoal kenapa anaknya dilahirkan cacat. Cacat yang belum pernah dialami oleh anak-anak lain dikampungnya. Ccat kurang jari pernah berlaku. Bibir sumbing pernah terjadi.

"Tapi, anakku cacat tak punya kaki, tak punya tangan." bisik si ibu didalam hati. Hatinya sebak dan dia menangis lagi, sedih dan pilu. "Tak apalah suami ku menghina, jiran-jiran pun turut menghina aku." bisik hati si ibu dengan sedih dan terus menangis. "Ya Allah! Berilah kesabaran kepadaku..." Dia berdoa sambil menadah tangan.

Si ibu menarik nafas panjang. Alhamdulillah lega sedikit. Sebahagian ruang rumahnya mulai disinari cahaya matahari pagi. Kini dia hanya bersama dengan bayinya. Suaminya telah keluar entah kemana. Wajah bayi yang comel itu ditatapnya dengan penuh kasih sayang. Bayi itu diberi nama Hasan.

"Hasan, anak ku sayang! Aku tetap sayang padamu. Kelahiran mu adalah atas kehendak Allah s.w.t.. Kau ditakdirkan Allah s.w.t. jadi begini. Allah Maha Kaya, nak." bisik hati si ibu dengan tenang, penuh radha atas ketentuan Ilahi.

"Ya Allah, Kau takdirkan anak ku cacat begini. Aku yakin Engkau jugalah yang akan melimpahkan rahmat dan berkat pada dirinya." bisik hati si ibu lagi menaruh harapan penuh pada Tuhan Yang Maha Kaya.

Si anak semakin membesar. Kini dia telah berusia dua tahun. Si bapa telah lari entah kemana. Si ibulah yang tetap membelanya dengan penuh kasih sayang. Apabila kepasar, bayi itu dimasukkan didalam periuk. Periuk itu dibimbit kesana-kemari. Ada orang yang bersimpati dan memberi wang, tetapi ramai yang terus mencemuh dan menghina. Ketika si anak masuk usianya lima belas tahun, penderitaan si ibu semakin bertambah berat. Ramai orang, terutama wanita-wanita terus menghina dan mencemuhnya. Akhirnya dia berpakat dengan anaknya untuk menginggalkan kampung halaman.

"Hasan, Ibu ada cadangan." ujur si ibu kepada anaknya pada suatu pagi. "Cadangan apa ibu?" tanya Hasan. "Kita jual harta pusaka peninggalan atuk dan kita pergi ke Tanah Suci Makkah. Kalau boleh kita terus tinggal disana." ujur si ibu kepada Hasan. "Elok cadangan ibu tu. Disana kita boleh ibadah banyak-banyak. Bumi Allah s.w.t. ini luas bu..." anak yang lincah dan cerdik iru beri persetujuan.

Alhamdulillah, akhirnya hajat dua beranak itu dimakbulkan Allah s.w.t.. Setelah mohon maaf kepada sanak-saudara, maka keduanya pun berangkatlah ke Tanah Suci Makkah. Meninggalkan kampung halaman yang terletak disalah sebuah wilayah kawasan Melayu diselatan Thailand . Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 50-an.

Bumi Makkah kini telah meriah. Tidak seperti mula-mula dahulu, ketika diteroka oleh keluarga Nabi Allah Ibrahim a.s. Waktu itu sunyi sepi. Tiada manusia yang tinggal disana, tiada air dan tiada tumbuh-tumbuhan. Berkat ketakwaan Siti Hajar dan berkat doa Nabi Ibrahim a.s. kini Makkah menjadi sebuah bandar yang makmur. Ramai penghuninya yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Dan, disana ramai orang-orang yang datang dari tanah Jawi. Maksudnya dari kawasan Tenggara Asia termasuk dari selatan Thailand . Si ibu bersama anaknya yang baru datang itu telah disambut dan diterima dengan baik oleh orang-orang Makkah, khususnya yang berasal dari selatan Thailand yang banyak menetap disana.

"Jangan susah-susah, kak. Tinggallah dirumah kami. Anggaplah kami ini seperti keluarga kakak. Kita sama-sama merantau, mengharap Rahmat dibumi Makkah." ujur seorang yang berasal dari Yala yang baik hati.

Kedua beranak itu pun tinggal dirumah tersebut. Si ibu membantu kerja-kerja rumah. Anak yang cacat tetapi pandai membaca al-Quran itu mengajar mengaji kepada anak tuan rumah dan anak-anak jirannya. Alhamdulillah, kehidupan mereka berdua benar-benar berubah. Hilang segala penderitaan dan kesusahan bertukar aman tenteram. Rezeki datang tak putus-putus.

Pada suatu hari, ketika waktu solat, si ibu kemasjid bersama anaknya. Anaknya itu didudukkan diatas kerusi roda. Sampai dimasjid, anaknya itu ditinggalkan diserambi masjid. Si ibu masuk ke kawasan kaum wanita didalam masjid. Di Makkah boleh dikatakan sudah menjadi satu budaya iaiatu sesiapa yang kelihatan dhaif, lebih-lebih lagi cacat maka amat mudahlah menerima sedekah daripada para dermawan. Bersedekah amat digalakkan dalam Islam terutama kepada yang susah, tetapi umat Islam dilarang daripada menerima sedakah kecuali jika miskin, cacat dan tak mampu untuk bekerja.

Hasan secara terpaksa untuk menerima sedekah orang ramai yang mencurah-curah sebelum dan selepas orang ramai menunaikan solat. Kehidupan dua beranak itu agak lega, Bagaimanapun Hasan tidak lupa kaum keluarganya yang susuh dikampung. Dia selalu mengirimkan wang dan hadiah kepada mereka menerusi jemaah haji yang datang dari kampungnya.

Pada suatu hari, salah seorang Raja Saudi berkunjung ke Masjidil Haram. Baginda telah bertemu denga Hasan. Hasan telah disoal dengan panjang lebar. Dari mana asal datangnya, dengan siapa dia tinggal di Makkah dan lain-lain lagi. "Kamu mulai dari hari ini jangan minta sedekah lagi. Beta akui kamu sebagai rakyat Saudi. Kamu akan diberi sara hidup bulanan. Kamu juga dianugerahkan sebuah rumah." titah Raja itu kepada Hasan. Betapa gembiranya Hasan pada masa itu, kerana terlalu gembira hinggakan dia menitiskan airmatanya membasahi pipinya. "Alhamdulillah syukur...! Terima kasih tuanku, Terimakasih tuanku, Terimakasih tuanku" ujur Hasan beberapa kali denga rasa kegembiraan yang tidak terhingga.

Apabila si ibu mengtahui akan hal itui, betapa gembiranya si ibu. "Inilah berkat dan rahmat limpahan Allah kerana kita bernaung dibawah lindungan Kaabah-Nya, wahai anakku." ujur si ibu dengan menitiskan air mata gembira sambil memeluk dan mengucup dahi anaknya.

Beberapa tahun kemudian usia Hasan telah pun meningkat kepada dua puluh lima tahun. Walaupun dia kudung kedua-dua belah tangan dan kakinya, namun badannya dalam keadaan sihat, dan sebagai insan biasa dia juga memiliki naluri sebagai manusia yang lain.

"Aku sihat, wang saraan hidup aku setiap bulan sangat lumayan, lebih dari cukup untuk keperluan diriku dan ibuku, malah rasanya aku mampu untuk meyara isteri dan anak-anakku yang bakal lahir." bisik hati Hasan. "Tetapi aku cacat.... siapa yang sudi menjadi isteriku?." Hasan bersedih mengenangkan nasib dirinya. Kesedihan itu berlarutan beberapa hari sejak kebelangan ini dan hal ini diketahui oleh ibunya.

"Kenapa kau sedih Hasan? Apa yang kurang untukmu. Wang ada, makanan cukup, rumah tempat kediaman pun ada." tanya si ibu kepada Hasan, anak kesayangannya. "Kau beritahulah kepada ibu, Hasan. Apa masalahmu?."

Hasan tak menjawab dan hanay mendiamkan diri. Si ibu yang tajam pemikiran itu akhirnya dapat mengagak kenapa anaknya bersedih. "Hasan, Kau ingin mencari jodoh?." tanya si ibu. "Siapalah orangnya yang sudi menjadi isteri saya, ibu? saya cacat." jawab Hasan. "Hasan, kalau sungguh kau ingin beristeri, jangan suah. Ibu akan berdoa kepada Allah s.w.t. dan kau pun berdoa juga. Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Hasan." nasihat si ibu dengan suara yang lunak.

Hasil perbincangan kedua beranak itu maka akhirnya dihantarlah seorang utusan kekampung halaman mereka di selatan Thailand dengan membawa sekeping gambar wajah Hasan yang memang lawa itu. Orang itu diamanahkan untuk mencari jodoh wanita solehah dan berbudibahasa. Dia diwakilkan menerima akad bagi pihak dari Hasan.

Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah s.w.t, jodoh ditemui dan akhirnya diijab-qabulkan. Beberapa hari kemudian, wanita itu dibawa ke Makkah dan dipertemukan dengan pasangannya yang sedang menunggu disana. Wanita itu diperkenalkan dengan suami dan ibu mertuanya. Aduh... alangkah terperanjatnya wanita itu apabila terpandang suaminya yang cacat. Dia terperanjat besar. Dia sama sekali tidak menyangka suaminya cacat sedemikian rupa. Wanita itu jatuh pengsan. Hasan pun bersedih mengenangkan nasib dirinya. Isteri yang baru ditemui nampaknya enggan menerima Hasan sebagai suaminya.

Melihat keadaan demikian, si ibu yang solehah itu segera mengambil wuduk lalu pergi ke Masjidil Haram lalu mendirikan solat dua raka'at, kemudian berdoa kepada Allah s.w.t. semoga wanita tadi sembuh dari pengsannya.

"Ya Allah, sembuhkanlah menatuku, isteri kepada anak kesayanganku. Limpahkan perasaan kasih dan sayang dihatinya terhadap anakku, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani." doa si ibu dengan sungguh-sungguh didepan Kaabah.

Si ibu pun lalu mengambil air Zamzam untuk diberi minum kepada menantunya dirumah. Sesampainya dia rumah, Alhamdulillah, si ibu mendapati menantunya sudah sedar. Dia sudah mula mengorak senyum. Sedih telah hilang berganti kegembiraan. Dia bangun memeluk ibu mertuanya dengan erat sambil berkata. "Maafkan saya, ibu. Maaafkan saya, ibu. "Kemudian dia mendekati suaminya sambil berkata "Maafkan saya, bang. Maafkan saya, bang." sambil mencium dahi Hasan, suaminya. Hasan menitis air mata kegembiraan. Dia bersyukur kepada Allah s.w.t. Nampaknya si isteri sudah menerima dirinya sebagai suaminya.

Ya, berkat doa ibunya maka Allah s.w.t. telah meletakkan dihati wanita itu perasaan cinta, kasih dan sayang kepada suaminya yang cacat. Mungkin dia berkata didalam hatinya "Kalau aku tidak mahu menjadi isterinya, siapakah wanita lain yang sudi menerimanya sebagai suami."

Hasil perkahwinan mereka itu telah dikurniakan lapan orang anak. Hasan sekeluarga tinggal disebuah perkampungan kira-kira empat kilometer dari Masjidil Haram. Mereka tinggal disebuah rumah dua tingkat yang selesa. Hasan hidup bahagia, mendapat limpahan rahmat dan keberkatan Ilahi. Hasan mempunyai sumber pendapatan tetap sara hidup yang lumayan. Dia juga memiliki sebuah kereta siap dengan pemandunya serta pembantu rumah.

Kali terakhir penulis kisah benar ini bertemu dengan salah seorang anak Hasan ialah pada tahun 1998. Penulis tidak dapat bertemu dengan Hasan pada ketika itu kerana Hasan berkebetulan keMadinah.

Sungguh Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia yang mencipta hamba-Nya dan Dialah yang memberi nikmat kesenangan kepada siapa yang dikehendakiNya. Biarpun cacat, kudung kedua tangan serta kakinya, namun Hasan tetap berjiwa takwa. Orang yang bertakwa dikasihi Allah s.w.t.

Allah s.w.t. melimpahi rezeki yang tidak putus-putus dan segala masalah mendapat penyelesaian sebaik-baiknya. Hasan sungguh bahagia, lebih-lebih lagi apabila dia mendapat kasih sayang ibunya dan selalu didoakannya dengan doa-doa kebaikan, tambahan pula segala doa-doa itu dipanjatkan didepan Kaabah.

Thursday, May 5, 2011

~Arrakasta Collection~

Arrakasta Collection beroperasi di:

P4-05, GM Klang, Jln Kasuarina 1,
Bandar Botanic Capital,
41200 Klang,
Selangor D.E

No. Pendaftaran SSM: 002007715-U
Facebook: Arrakasta Collection

Kami merupakan pemborong dan peruncit pakaian wanita seperti blouse, baju kurung, telekong, skirt dan seluar....
Anda juga boleh bertemu kami di Pusat Bandar Damansara dan Jalan Reko, Bangi....

Kami menawarkan produk yang berkualiti, menarik dengan harga yang berpatutan.

Jangan malu jangan segan untuk berkunjung ke outlet kami atau layari page FB kami.. ^_^

Wednesday, April 27, 2011

~Karipap Sardine~

BAHAN A (INTI):

5 ULAS BAWANG MERAH- Dikisar
3 ULAS BAWANG PUTIH- Dikisar
1 BIJI UBI KENTANG- Dipotong dadu
3 BIJI CILI PADI- Dipotong kecil
1 TIN KECIL SARDINE - Asingkan kuah dan ikan (hancurkan)
CILI BOH
CILI SOS
GARAM
GULA
MINYAK MASAK
1 CAWAN AIR

BAHAN B (KULIT):


5 CAWAN TEPUNG GANDUM
8 SUDU BESAR PLANTA
AIR

CARA2 MEMBUAT INTI:


-PANASKAN MINYAK, TUMIS BAWANG YANG TELAH DIKISAR TADI SEHINGGA NAIK BAU KEMERAHAN
-MASUKKAN CILI BOH, KACAU SEHINGGA GARING
-MASUKKAN CILI SOS + KUAH SARDINE, KACAU HINGGAN SEBATI
-MASUKKAN UBI KENTANG + AIR, KACAU DAN BIARKAN SEDIKIT KERING
-MASUKKAN IKAN SARDINE + CILI PADI + GARAM DAN GULA SECUKUP RASA
-KACAU SEHINGGA KERING
-SEJUKKAN

CARA2 MEMBUAT KULIT:

-PANASKAN PLANTA DALAM PERIUK SEHINGGA CAIR
-ADUN TEPUNG GANDUM BERSAMA PLANTA CAIR
-KACAU SEBATI BERSELANG AIR SEHINGGA MENJADI DOH DAN TIDAK MELEKAT PADA JARI

SESI MEMBALUT DAN MENGELIM:


-NIPISKAN DOH TADI DAN TEKAP MENGIKUT SAIZ YANG DI INGINKAN
-MASUKKAN INTI DAN KELIM



*SESUDAH GORENG DAN MAKAN SILA LA BAGI KOMEN PER RASENYER EK...SELAMAT MENCUBA....~

Monday, April 18, 2011

~Trip ke Ho Chin Minh~

Sebelum luper dgn entry diatas nie..adalah lebih baik sy update skrg...

Saya ke Ho Chin Minh 21-25/01/11...waduh dah berbulan dah tue,tapi disebabkan janji, maka sy mengotakannya....saya ke sana bersama en.hubby + my mum + my aunt. Actually, first time kami ke sana, cuak gak bila dgr org ckp kat sana da problem ngan language. Dorg xtau speaking apertah lagi bahasa...

Flight kami dr LCCT petang, sampai sana hr dah mlm. Seperti trip yang lepas, kami ke sana secara gembel n xbooking hotel. So, kami gunakan khidmat pemandu teksi tuk hantar kami ke hotel yang murah dan berdekatan ngan Ban Thanh Market. Alhamdulillah, driver teksi tue boleh speaking n dia hantar kami ke Boss Hotel. Bila tengok keadaan hotel n harga still dalam kami punyer budget, kami terus jer stuju tuk stay kat situ. Kami sewa dua bilik, sewa untuk satu bilik ialah RM60/night. Bilik besar n cantik, hanya 5 mint b'jln kaki utk ke Ban Thanh Maket.

Ban Thanh Market adalah pasar yang terfamous di HCM. Banyak gak hotel2 len di area situ. Kedai2 dalam market tue buka pada pukul 10am until 7pm. Seperti yang org ckp, kita mmg susah nk berkomunikasi ngan dorg, tapi peniaga di Ban Thanh Market boleh dikatakan ok cz da yang pandai speaking n da juga yang boleh berbahasa Melayu...

Sebelah malam,terdapat Ban Thanh Night Market kat bahagian luar market tersebut. Memang syok habis b'shopping. But, satu jer nak pesan, kalu ke HCM better kita tukar duit dalam Dolar daripada Dong. Jika kita bayar mggunakan Dong, harga barang akan jdi lagi mahal berbanding ngan harga dlm Dolar bila kita tukar ke ringgit...

Kat sana mmg susah nak cari makanan halal. Hanya ada satu kedai makan halal dan harga nyer bleh dikatan agak mahal. So, kami dah siap2 bawak mini rice cooker, beras, ikan bilis goreng, telur masin....heheee...xda la kami kelaparan kat sana n dpt save budget...bijak..bijak.. :)

Lagi satu nak pesan, kat sana better beware dengan barang kemas, duit dan barang2 berharga cz kat sna mmg ramai yang kaki ragut...uhuhuhu...Alhamdulillah kami selamat di sana. Bila nak nek teksi pon harus berhati2, adalah lebih baik naik teksi 'Vinasu' kaler hijau utk mengelak dr di tipu. Bila nak lintas jalan tue, berhati2 n harus cekap dan cekal. Senang citer wat2 berani tapi berhati, klau xbuat mcm tue alamat nyer x terlintas la jln cz dorg punyer traffic mmg di tahap yang paling teruk yang pernak sy jumper...hhuhuu...xhati2, xpasal2 mati katak jer kat sana...

Banyak lagi citer menarik..p dah rse lenguh tuk menaip...so, jom layanz pic plak ek...hehehe...

Tuesday, March 8, 2011

~Kegawatan Air~

Sudah lebih seminggu rumah saya di Ruvena Villa xda air...xtau la nak ckp per...semua kerja xmenjadi, nak balik umah pon xda mood...aper tah lagi nak masak...sedih tul. Tiap2 malam en.hubby kena angkut air. Kami yang tinggal berdua nie pon dah rase susah mcm mn la plak ngan penduduk yang berkeluarga besar ek??yang ada baby??yang ada anak 4,5 org..waduh susah tue...

X tau la per masalah sebenarnyer, management ckp penduduk xbyr bil air, penduduk ckp management xbyr bil kat Syabas...macam2 la...pape pon, sesaper yg salah tue xder ke perasaan belas ihsan kat org len...kami yang bru tggl 3 bulan kat situ pun terkena sama....

Ada gak discus ngan husband tuk pindah...p bila pk bab angkut barang, rase cam xsanggup plak...lagipun rumah yang kami beli dah xlama nak siap...nnt nk kena pindah lagi....so, buat ms nie bersabar la dulu...p klau dah xtahan jugak, saya xkira, saya nak pindah gakkk... :(

Please la...klau xda letrik rase nyer boleh tahan lagi...kalau xda air mmg xtertahan rase nyer....bila la masalah nie akan berakhir gamak nyer???

Wednesday, February 23, 2011

~Trip ke Bandung~

Trip ke Bandung ni citer lama....tapi xda masa nk update..huhhhuhu...lepas entry 'Kebuntuan Mencari Penginapan D'Bandung' bulan April 2010 yg lalu, sy terus bz n tertangguh2 tuk citer kisah kami di sana...

Saya ke sana 22/5-25/5/2010 (dah lapuk) bersama ayah, mak n my tunang(skrg hubby), flight kami dr LCCT ke Bandung hr tue malam. Kami ke sana secara sendiri2, bukan ikut pakej. Sbelum pg kami dah survey nama2 hotel di sana n ada cl diorg tuk buat tempahan...Bila sampai di sana kami terus ambik teksi tuk pergi ke hotel...Nama teksi kat sana adalah Blue Bird. Xsusah tuk dpat kan teksi kat airport tue, just ke counter tuk ambik nombor teksi. Then, kita terus boleh ambik teksi di bahagian luar berhadapan dengan pintu keluar airport.

Kami bg nama hotel yg kami booking kat pak cik teksi, dia ckp kwsan hotel kami tue kotor...mula2 kami xpercaya p bila tgk sendiri keadaan kat sana fuulamakkk mmg teruk ler....seb baik pak cik tue baik, dia cadangkan hotel yg elok n within our budget tuk kami...bab hotel kami mmg pilih yg budget2, cz kami ke sana nk beli brg2 tuk niaga...so klau stay kat hotel yg mahal, alamatnyer rugi besar la kami kan...nama hotel yg kami sewa ialah Dewi Sartika...hotel baru,selesa wlaupun bilik x besar sgt, bersih n yang penting murah..sewa cuma RM30 satu malam..wlaupun just hotel budget, kami sgt suka stay kat sana cz ia berdekatan dengan stesen angkot2...so,kami senang nk ke mana2...lagipon receptionist hotel tue tersgt baik. Diorg semua nyer lelaki. Punyer la kamching ngan my hubby, siap bleh lepak tgk bola sama2 n bawak nek motor tuk pegi beli kek kat Kartika Sari...

Kerja kami di sana adalah mencari dan membeli brg, kami mmg x pg melawat tempat2 yg cantik kat sana...misi kami adalah 'Cari barang tuk niaga'....esok nyer, pagi2 lagi kami keluar tuk ke Pasar Gazebo. Pasar nie ala2 pasar tani/pagi di Malaysia. Barang2 kat sini betul2 murah n pasar nie teramat besar sampai kami xlarat n berjln. Tapi per yg kami nk cari xda kat sini, so just jejalan sementara tggu Pasar Baru buka jam 10am.


Dlm Angkot..otw ke P. Gazebo


Area Pasar Gazebo

Hampir setiap hri kami akan ke Pasar Baru, mak yang paling xcited bershopping kat sana...bershopping xhingat sampai xterpk nk bwk blik camna nnt..seb baik kami dah book bagasi 25kg sorg...so stp kali beli barang, kami akan kira brp lagi balance berat bagasi yg masih tggl...Pasar Baru xbuka sampai mlm, around 6pm diorg dah mula kemas nk tutup. So, lepas ke Pasar Baru kami akan ke area Factory Outlet. Waaduh mmg syurga shopping la kat sini...terlalu byk factory outlet n yg paling kami suka adalah Rumah Mode.... =)

Pasal makan, kami amat suka Mee Kosok, Mee Bakso n Pisang Keju.....mmg terigt2 la pas makan, xpecially pisang keju. Ada gak terpk klau wat bisnes pisang keju kat Malaysia confirm laris...Lupa lak nk snap pic pisang keju. P yg pasti nyer, bila kami ke Pasar Baru for sure kami akan beli pisang keju kat sorg mamat tue...hehehehe...sodapppp...

Mee Bakso


Mee Kocok

Nak citer pasal per lagi ek?? emmm...bisnes trip xda citer2 menarik sgt, nie pon kami rse cam xckup masa....myb next time ada pluang tuk pergi tempat2 yg menarik plak ek en.hubby....=)

*Tunggu entry trip ke Vietnam plak ek....

Thursday, February 17, 2011

~Bilang Tidak Pada Jerawat...~

Kedudukan jerawat dan info:

DAHI:~
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG:~
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU:~
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI:~
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN:~
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN):~
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

*Jangan ambil mudah dengan masalah jerawat k.....