Pages

~Ikatan Suci~

~Hafiz + Nadia = Iyad~

~Hafiz + Nadia = Abid~

Showing posts with label OtHeRs. Show all posts
Showing posts with label OtHeRs. Show all posts

Tuesday, June 3, 2014

~Wedding BIL & MBSA FC Champion Liga Selangor...Congrats for Both!!!~

~ Tahniah buat IL Saril & Sarah...Semoga berkekalan hingga ke Jannah dan dikurniakan anak2 yg soleh solehah....














  ~ Champion!!! Congrats MBSA FC 5-0..xsia2 bangun pukul 5pagi n fly dari Terengganu ke KL...



***Mood rindu anak2 kat kampung....huhuhuuu

Wednesday, April 30, 2014

~ Starter Set of Pandora: Wishlist 2014~

TQ so much en.hubby....dpt starter set pon dh teramat bersyukur...pandai u pilih charm...sweet...


Charm2 berikut nye sendiri-sendiri plak ye....tiap2 bulan duk aim nk g Alamanda je la pas nie..kui kui kui...

Monday, September 9, 2013

~Syukur, Kerana Aku Seorang Wanita...~

Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.

Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.

Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..

Hebat kan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..

Buat kaum Adam, hargailah kaum Hawa anda.

Thursday, January 17, 2013

~Keistimewaan seorang perempuan disisi Allah...~

Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN :

” Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? “

Lalu TUHAN menjawab :

” Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini”..

- Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

- TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

- SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya..

- PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

- Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

- Dia TERHARU

- Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya…

- Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

- Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

- Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

- TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal

Malaikat pun bertanya : “…Apa itu Yaa TUHAN ??

Tuhan menjawab : Bahwa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Friday, November 30, 2012

~ Dilema Tikus ~

Kami laki bini mmg jenis yang penakut ngan binatang nie....waduhh..boleh plak dia duk menyibuk kat dalam rumah kami sekarang nie....nak halau bukan men laju dia lari n menyorok xkeluar2 n xjumpa....esok nye balik keje tgk abis roti kat atas meja berlobang...mmg sakit jiwa n naik darah satu kepala...dulu time duk appartment xde plak masalah ngan binatang nie....bila tggl kat rumah atas tanah nie, timbul la plak...siap boleh panjat dinding n masuk ikut tingkap toilet...isshhh xtau la camna dia boleh panjat setinggi tue...yang kami tau skrg dia tengah bersuka ria kat dalam rumah kami....

Bab geli xyah duk cite la...huahuahua...last2 semalam pinjam perangkap tikus ngan mak cik....1st time nk guna sndri...tgk benda alah tue mcm biasa...igt kan senang je cara nak pasang dia...jadi, xder la terpk nak tanye or nk nuntut ilmu cara tuk guna perangkap tue....actually kami dua2 xpenah tau n xpenah ambik tau pasal perangkap nie sblm nie...so, smlm bila dh balik rumah terkial2 jugak la duk adjust perangkap tue...siap call mak cik lagi...huhuhu..time tue ayah n mak ada kat rumah dia (mak n ayah dtg KL, pg td dh btlak balik kg), time duk dengar mak cik cakap terdengar ayah duk mencelah kat belakang, 'nama jer dua2 ambik engineering...xkan nak pasang perangkap tikus pon xreti....' huhuhuuhu..waduss...time belajar dulu xder la plak course tikus menikus nie ayah...

Selapas jenuh godek menggodek, akhirnyer berjaya jugak....hihihiiihi..kami sangkutkan ikan kering untuk buat umpan...pagi tadi,bangun2 jer tido terus ke dapur tuk tgk hasil tangkapan....tapi hampeh....perangkap xmengena...langsung xterusik n xterjejas...cerdik la plak ko wahai si tikus...bila dtg ofc cite kt ofcmate..dorang ckp tikus mn mkn ikan kering...tue yg xkena tue...mana la nk tau..ingat kan semua benda dia bedal...wokey la,mlm nie kita tukar umpan plak yer...hopefully terperangkap la engkau....huhuhuhu....~


Monday, October 15, 2012

SAYS.com

Mesti you all dah tau pasal website nie....tapi buat sesiapa yang belum tahu....saya just nak bagitau yang website nie boleh buat kita dapat duit...alang2 duk tengah online, aper salah nye kalau beronline sambil mendapat income..betul x??

Saya pon xberapa pro lagi ngan website nie..so, xleh nak cakap lebih2...yang saya tahu kita bukan jadi peniaga or menjual barang or keluarkan modal n bukan juga MLM or skim cepat kaya...just sign up n follow jer ape yang dia nak..mudah kan?? so tunggu aper lagi....jom la kita ramai2 buat duit secara online...paling kurang pon dapat tambah kan duit poket time tengah2 sesak....just click link HERE, then ikut jer ape yg dorg nak...

** Actually, sebelum nie ada kawan saya yang duk promote suruh sign up web nie...tapi saya buat endah x endah..skali jealous plak bila tengok dia asyik dapat cheque n voucher dari SAYS.com nie...Moga2 kali nie rezeki kita plak yang murah...Insya-Allah...

~Puteriku Sayang...~

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli 
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti 
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan 
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati 

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu 
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya.....

Friday, September 14, 2012

~ Daripada Dia kita datang, Kepada Dia kita kembali...~

Menitis air mata bila baca blog seorang blogger nie, adik Yasmin J Hunwick...sudah tersurat pada tarikh tersebut dia akan dijemput oleh yang Maha Esa untuk kembali...

Belum tentu kita yang sihat walafiat nie mempunyai umur yang panjang...entah esok, lusa atau mungkin malam nie kita pula yang dijemput...sudah cukup kah amalan kita??sudah tebal kah bekalan yang nak kita bawa untuk bertemu Dia?? Masya-Allah..termenung sekejap....sungguh takut mengenang kan detik itu....

Sedara mara, rakan taulan pun dah ramai yang PERGI....sudah ketentuan ILAHI, yang hidup pasti berakhir dengan MATI....

Monday, March 26, 2012

~Makan-Makan @ Bandar Baru Bangi...~

Dah lama x citer pasal makan....alaaaa teringin nk mkn cheese cake la plak...

Time dalam pantang mmg teringin sangat nak makan 'Red Velvet Cake'.....bengkek jer rase sbb xsabar nak tunggu msa dan ketika nyer...lagi bengkek bila duk tgk pic Red Velvet kat ternet...huhuhu...Bila datang KL, terus search mn bleh dapat Red Velvet yang best, then saya terjengah kat blog seseorg n dia cakap dekat Little White Cafe, Bangi yang paling best yang dia pernah makan.... So, aper lagi terus search mana letak nyer cafe tue n terus ajak en.hubby pegi....yessssszzzzaaa..akhir nyer dpt jugak saya merasa... so yummmy yummy...Thanks to en.hubby...just take away n di sebab kan nafsu makan lepas berpantang membuak2, saya take away Macaroons n Choc Cake skali... Choc Cake n Red Velvet dia mmg best...tapi saya mcm xberapa suka dengan Macaroons sbb dia terlalu manis....

Red Velvet Cake & Macaroons

Choc Cake

Kami pun sempat gak duk posing time tgh tunggu dorg packing kan order...hhehehehe...suka dengan konsep cafe yang ala2 English santai...


Minggu lepas bawak Iyad pergi Klinik An-Nur, Bandar Baru Bangi, lepas tue kami dinner di Mohd Chan Restaurant. Sekali sekala makan masakan China ok gak... En. husb order Mohd Chan Nasi Ayam n saya order Wantan Mee...rase dia so-so jer la...


Wednesday, March 7, 2012

~Susu terakhir buat si kecil~

Hari ini saya nak share 1 kisah yg sangat menyayat hati tentang pengorbanan seorang ibu yang saya ada baca di sebuah blog...

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan.

Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya. Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau.

Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang. Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan.

Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu.

Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi. Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

Tuesday, August 23, 2011

♥ SEBELUM BAYI DILAHIRKAN ♥

♥ Bayi itu brtanya kpada ALLAH:
“Para malaikat di sini mngatakn bahawa besok Engkau akan mngirimkn saya ke dunia,
tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya bgitu kecil dan lemah...

ALLAH menjawab:
“Aku telah memilih 1 malaikat untukmu. Dia akan mnjaga dan mngasihimu dengan spenuh hatinya.

♥ Bayi brtanya lagi:
“Tetapi dsini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukn hanyalh brnyanyi, brmain dan tertawa…Inikn sudah cukup bagi saya untuk brbahagia.

ALLAH mnjawab:
“Malaikat mu nanti akan brnyanyi dan trsenyum untukmu stiap hari. Dan kamu akan mrasakn khangatn cintanya dan mnjadi lebih brbahagia di sana”

♥ Bayi brtanya lagi:
“Bagaimana mungkin saya dpt memahami orang2 brcakap dengan saya sedangkn saya tidak memahami bahasa mereka?

ALLAH mnjawab:
“Malaikatmu akan brbicara kpadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh ksabarn dan prhatian. Dia akan mngajar kpadamu cara untuk brkata2.”

♥ Bayi brtanya lagi:
“Apakah yang boleh saya lakukn ketika saya ingin brbicara kpadaMu?”

ALLAH mnjawab:
“Malaikatmu akan mngajarkn bagaimana cara kamu brdoa dan brmunajat kpadaKu.”

♥ Bayi brtanya lagi:
”Saya mndengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan mlindungi saya nanti?”

ALLAH mnjawab:
“Malaikatmu lah yang akan mlindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga trpaksa dkorbanknnya.’

♥ Bayi brtanya lagi:
“Tapi, saya pasti akan mrasa sedih kerana tidak lagi dpt mlihatMu lagi.”

ALLAH mnjawab:
“Malaikatmu akan mnceritakn kpadamu tentang Aku dan akan mngajarkn bagaimana kamu nanti akan kembali juga kpadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa dsisimu.” Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening shingga suara dari Bumi dpt jelas kdengarn.

♥ Dan sang bayi brtanya prlahan :
“ALLAH jika saya trpaksa pergi skarang ini, bolehkh Kamu khabarkn kpadaku nama malaikat yang Kamu maksudkn itu???

ALLAH mnjawab:
“Kamu akan memanggil malaikatmu itu sbagai “IBU”.
Maka ingatlh, sentiasa kamu brkasih sayang dengannya dan mnghargai stiap pngorbanan ibu mu. Brbakti, brdoa dan cintailh dia spanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya.............
"DI DUNIA MAHUPUN AKHIRAT.”

WALLAHUALAM................

Thursday, August 11, 2011

~Baju Raya....~

Lagi 2 minggu semua umat Islam akan menyambut Hari Raya....tentu skrg nie ramai yang sibuk2 duk cari baju raya, p tentu ada yang dah prepare awal2 sebelum puasa lagi.... Tahun nie adalah raya yang pertama kami sebagai suami isteri... Wahh..xcited n xsabar la plak rasenyer....heheheee

Cerita pasal baju raya nie, kalau saya ingatkan balik dah lebih 2 kali raya kot baju raya saya xsiap...huhuhuu sungguh menyedihkan....nasib baik mak meniaga baju...so, last2 minit terpaksa pilih baju yang ready made kat kedai mak... Sungguh xpuas hati, mana xnyer org len semua bertema gold kita pakai kaler hijau....org len biru muda kita berbiru gelap ngan bunga2 pink...hua hua hua...dah nak buat macam mana nasib badan....muka muncung seribu la pagi raye....sape xsakit hati kan...kita dah hantar kain kat tailor 3 bulan sebelum puasa lagi tau.... Boleh plak diorg buat pekasam....ishhh ishhh saborr jer laaa...

Untuk raya tahun nie, saya dah tempah baju raya sejak bulan 3 lagi...hhhehehee... bukan xcited nak beraya wokey.... p sebab serik dengan baju raya yang xsiap. Kebetulan saya ada beli kain time saya ke Vietnam tempoh hari. Untuk xnak kain tue dijadikan pekasam, saya cakap baju tue nak pakai secepat mungkin.... So, baju raya saya untuk tahun nie awal2 lagi dah siap.... Tapi, malang nyer macam xboleh nak pakai la plak... sebab time saya tempah baju tue, saya xpregnant lagi.... sekarang saiz dah berubah maaa.... waduhhh, nampak nyer tahun nie ready made lagi lerr gaya nye... xmerasa lagi la nak pakai baju yang di tempah sendiri.... Ready made pun ready made la.... asalkan saya dapat beraya... sob sob sobb

Tuesday, August 2, 2011

~Preggy: Part 4- Senarai barang keperluan bayi yang perlu dibeli~

Pertama kali menimang cahaya mata mmg banyak benda yang perlu belajar.
Dalam process untuk membeli keperluan baby pun saya macam blur2...xtau ape nak kena beli dulu, ape yang perlu ada, ape yang xperlu....Nasib baik ada senarai kat bawah nie yang saya ambik daripada buku Koleksi Pa&Ma...sedikit sebanyak dapat gak menghilangkan ke blur-an saya nie...hehheeehehe..

Hopefully ia juga dpt membantu bakal2 ibu di luar sana....

















**Sila klik pada list untuk senarai yang lebih jelas.

Monday, August 1, 2011

~Salam Ramadhan 2011 bersamaan 1432 Hijrah~

'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'
'Selamat Menjalani Ibadah Puasa, Tarawih, Bersahur & Berbuka'
'Semoga Ramadhan kali nie dilimpahi keberkatan dan rahmat dari Allah....'
First time menjalani ibadah puasa sebagai seorang isteri dan dalam keadaan berbadan dua....semoga saya dapat berpuasa penuh tahun nie, diberi kesihatan yang terbaik dan dapat menjadikan pengalaman berpuasa tahun nie adalah pengalaman yang sungguh bermakna buat diri ini....Amin...

~Preggy: Part 2-Anmum Materna, Friso Gold, Enfamama~

Entry yang lepas saya da citer pasal susu Anmum Martena, yup sebelum nie saya memang minum susu anmum...tapi, time pergi Jusco last week gatal2 la plak pg beli Friso Gold...konon nyer saje nk try rase susu yg len plak...malangnyer Friso Gold xkene dengan jiwa saya..xtau la kenapa, padahal aroma vanilla dia bukan main menarik..skali bila minum, mmg xboleh nk terima dek tekak...dah la siap beli satu tin....waduh, sungguh tersiksa nk habis kan...minum segelas pun terpaksa guna satu nafas jer....maybe ibu2 lain sukakan Friso Gold. But for me, Anmum lagi ok taste dia berbanding Friso....huhuhuhuHajat dihati nak rase Enfamama plak lepas habis susu nie, p rase takut la plak....takut sama kes dengan Friso...kan best klau diorg bg tester...nak kene check kat website diorg kot2 ada..heheheehee...

Sunday, July 10, 2011

~Preggy: Part 1~

Hari nie dah 14 minggu saya berada dalam kandungan ibu....ibu cakap dia xsabar nak tengok perkembangan saya, so dia pun register kat Baby-gaga.com dan perkembangan saya dari hari ke hari akan automatic terupdate kat blog ibu....
Sekarang nie ibu slalu mengadu kat ayah dia sakit belakang bila bangun pagi. Ayah tolong urutkan belakang ibu...kesian ibu...Ayah suruh ibu minum susu yang dia beli. Ayah ada belikan ibu susu Anmum Materna, ibu sangat suka minum susu...saya pun suka jugak sbb saya perlukan banyak kalsium untuk membesar....timekasih ayah!!!
Ibu cakap ada kisah pasal ayah dengan susu yang dia mula2 beli....ayah xcited bawak balik susu yang dia beli untuk ibu, dan2 tue jugak dia suruh ibu minum...ibu buka plastik dan ambik kotak susu untuk dibancuh...tapi........skali ibu tgk pic kat kotak susu gambar perempuan sedang susukan baby....huuuhhuuu..ayah tersalah beli...ayah beli Anmum Lacta. Anmum Lacta untuk ibu2 yang menyusukan baby....saya belum keluar lagi ayah, mcm mn ibu nak minum susu tue....nasib baik kedai yang ayah beli xjauh dari rumah...so ayah pergi tukar susu tue balik....hehheehehee..lawak la ayah nie... ;p
OK la...ibu saya dah ngantuk...saya pun sama....ada masa saya atau ibu akan update lagi tentang perkembangan kami....nite...~

Saturday, July 2, 2011

~Doa dan Amalan Ketika Mengandung~

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Tuesday, May 24, 2011

~Di bawah lindungan Ka'abah~

"Abang! Ini adalah takdir Allah s.w.t. Kita terima bang dengan penuh redha." Ujur si isteri kepada suami sambil meriba anak cacat yang baru dilahirkan itu. "Ahhh!! Begitu mudah kau kata takdir. Ini adalah akibat dirimu yang sial, maka lahirlah anak yang cacat ini...!" jawab suami menafikan kata-kata isterinya.

Si suami terus marah-marah menyalahkan isterinya. Kelahiran anak cacat yang tidak diingini itu kononnya berpunca dari si isteri, isteri yang membawa sial. Isteri bawa malu kepada suami dan seluruh keluarganya.

"Keturunan abang adalah molek-molek belaka. Tak ada yang cacat seperti anak kau ini." berleter si suami dengan bibir mencebik menghina isteri. Isteri terdiam kaku. Dia tidak mahu bersuara lagi. Dia hanya terus menangis dan terus menangis. Itulah bermulanya detik kepahitan hidup yang dirasai oleh seorang ibu muda. Mimpi indah selama ini telah padam dan diganti dengan kepahitan. Derita dan susah. Dirinya dihina dan dicemuh oleh suami sendiri.

Bayi yang masih merah disisinya itu belum tahu erti penderitaan dalam hidup. Ibunya tidak mahu menyoal kenapa anaknya dilahirkan cacat. Cacat yang belum pernah dialami oleh anak-anak lain dikampungnya. Ccat kurang jari pernah berlaku. Bibir sumbing pernah terjadi.

"Tapi, anakku cacat tak punya kaki, tak punya tangan." bisik si ibu didalam hati. Hatinya sebak dan dia menangis lagi, sedih dan pilu. "Tak apalah suami ku menghina, jiran-jiran pun turut menghina aku." bisik hati si ibu dengan sedih dan terus menangis. "Ya Allah! Berilah kesabaran kepadaku..." Dia berdoa sambil menadah tangan.

Si ibu menarik nafas panjang. Alhamdulillah lega sedikit. Sebahagian ruang rumahnya mulai disinari cahaya matahari pagi. Kini dia hanya bersama dengan bayinya. Suaminya telah keluar entah kemana. Wajah bayi yang comel itu ditatapnya dengan penuh kasih sayang. Bayi itu diberi nama Hasan.

"Hasan, anak ku sayang! Aku tetap sayang padamu. Kelahiran mu adalah atas kehendak Allah s.w.t.. Kau ditakdirkan Allah s.w.t. jadi begini. Allah Maha Kaya, nak." bisik hati si ibu dengan tenang, penuh radha atas ketentuan Ilahi.

"Ya Allah, Kau takdirkan anak ku cacat begini. Aku yakin Engkau jugalah yang akan melimpahkan rahmat dan berkat pada dirinya." bisik hati si ibu lagi menaruh harapan penuh pada Tuhan Yang Maha Kaya.

Si anak semakin membesar. Kini dia telah berusia dua tahun. Si bapa telah lari entah kemana. Si ibulah yang tetap membelanya dengan penuh kasih sayang. Apabila kepasar, bayi itu dimasukkan didalam periuk. Periuk itu dibimbit kesana-kemari. Ada orang yang bersimpati dan memberi wang, tetapi ramai yang terus mencemuh dan menghina. Ketika si anak masuk usianya lima belas tahun, penderitaan si ibu semakin bertambah berat. Ramai orang, terutama wanita-wanita terus menghina dan mencemuhnya. Akhirnya dia berpakat dengan anaknya untuk menginggalkan kampung halaman.

"Hasan, Ibu ada cadangan." ujur si ibu kepada anaknya pada suatu pagi. "Cadangan apa ibu?" tanya Hasan. "Kita jual harta pusaka peninggalan atuk dan kita pergi ke Tanah Suci Makkah. Kalau boleh kita terus tinggal disana." ujur si ibu kepada Hasan. "Elok cadangan ibu tu. Disana kita boleh ibadah banyak-banyak. Bumi Allah s.w.t. ini luas bu..." anak yang lincah dan cerdik iru beri persetujuan.

Alhamdulillah, akhirnya hajat dua beranak itu dimakbulkan Allah s.w.t.. Setelah mohon maaf kepada sanak-saudara, maka keduanya pun berangkatlah ke Tanah Suci Makkah. Meninggalkan kampung halaman yang terletak disalah sebuah wilayah kawasan Melayu diselatan Thailand . Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 50-an.

Bumi Makkah kini telah meriah. Tidak seperti mula-mula dahulu, ketika diteroka oleh keluarga Nabi Allah Ibrahim a.s. Waktu itu sunyi sepi. Tiada manusia yang tinggal disana, tiada air dan tiada tumbuh-tumbuhan. Berkat ketakwaan Siti Hajar dan berkat doa Nabi Ibrahim a.s. kini Makkah menjadi sebuah bandar yang makmur. Ramai penghuninya yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Dan, disana ramai orang-orang yang datang dari tanah Jawi. Maksudnya dari kawasan Tenggara Asia termasuk dari selatan Thailand . Si ibu bersama anaknya yang baru datang itu telah disambut dan diterima dengan baik oleh orang-orang Makkah, khususnya yang berasal dari selatan Thailand yang banyak menetap disana.

"Jangan susah-susah, kak. Tinggallah dirumah kami. Anggaplah kami ini seperti keluarga kakak. Kita sama-sama merantau, mengharap Rahmat dibumi Makkah." ujur seorang yang berasal dari Yala yang baik hati.

Kedua beranak itu pun tinggal dirumah tersebut. Si ibu membantu kerja-kerja rumah. Anak yang cacat tetapi pandai membaca al-Quran itu mengajar mengaji kepada anak tuan rumah dan anak-anak jirannya. Alhamdulillah, kehidupan mereka berdua benar-benar berubah. Hilang segala penderitaan dan kesusahan bertukar aman tenteram. Rezeki datang tak putus-putus.

Pada suatu hari, ketika waktu solat, si ibu kemasjid bersama anaknya. Anaknya itu didudukkan diatas kerusi roda. Sampai dimasjid, anaknya itu ditinggalkan diserambi masjid. Si ibu masuk ke kawasan kaum wanita didalam masjid. Di Makkah boleh dikatakan sudah menjadi satu budaya iaiatu sesiapa yang kelihatan dhaif, lebih-lebih lagi cacat maka amat mudahlah menerima sedekah daripada para dermawan. Bersedekah amat digalakkan dalam Islam terutama kepada yang susah, tetapi umat Islam dilarang daripada menerima sedakah kecuali jika miskin, cacat dan tak mampu untuk bekerja.

Hasan secara terpaksa untuk menerima sedekah orang ramai yang mencurah-curah sebelum dan selepas orang ramai menunaikan solat. Kehidupan dua beranak itu agak lega, Bagaimanapun Hasan tidak lupa kaum keluarganya yang susuh dikampung. Dia selalu mengirimkan wang dan hadiah kepada mereka menerusi jemaah haji yang datang dari kampungnya.

Pada suatu hari, salah seorang Raja Saudi berkunjung ke Masjidil Haram. Baginda telah bertemu denga Hasan. Hasan telah disoal dengan panjang lebar. Dari mana asal datangnya, dengan siapa dia tinggal di Makkah dan lain-lain lagi. "Kamu mulai dari hari ini jangan minta sedekah lagi. Beta akui kamu sebagai rakyat Saudi. Kamu akan diberi sara hidup bulanan. Kamu juga dianugerahkan sebuah rumah." titah Raja itu kepada Hasan. Betapa gembiranya Hasan pada masa itu, kerana terlalu gembira hinggakan dia menitiskan airmatanya membasahi pipinya. "Alhamdulillah syukur...! Terima kasih tuanku, Terimakasih tuanku, Terimakasih tuanku" ujur Hasan beberapa kali denga rasa kegembiraan yang tidak terhingga.

Apabila si ibu mengtahui akan hal itui, betapa gembiranya si ibu. "Inilah berkat dan rahmat limpahan Allah kerana kita bernaung dibawah lindungan Kaabah-Nya, wahai anakku." ujur si ibu dengan menitiskan air mata gembira sambil memeluk dan mengucup dahi anaknya.

Beberapa tahun kemudian usia Hasan telah pun meningkat kepada dua puluh lima tahun. Walaupun dia kudung kedua-dua belah tangan dan kakinya, namun badannya dalam keadaan sihat, dan sebagai insan biasa dia juga memiliki naluri sebagai manusia yang lain.

"Aku sihat, wang saraan hidup aku setiap bulan sangat lumayan, lebih dari cukup untuk keperluan diriku dan ibuku, malah rasanya aku mampu untuk meyara isteri dan anak-anakku yang bakal lahir." bisik hati Hasan. "Tetapi aku cacat.... siapa yang sudi menjadi isteriku?." Hasan bersedih mengenangkan nasib dirinya. Kesedihan itu berlarutan beberapa hari sejak kebelangan ini dan hal ini diketahui oleh ibunya.

"Kenapa kau sedih Hasan? Apa yang kurang untukmu. Wang ada, makanan cukup, rumah tempat kediaman pun ada." tanya si ibu kepada Hasan, anak kesayangannya. "Kau beritahulah kepada ibu, Hasan. Apa masalahmu?."

Hasan tak menjawab dan hanay mendiamkan diri. Si ibu yang tajam pemikiran itu akhirnya dapat mengagak kenapa anaknya bersedih. "Hasan, Kau ingin mencari jodoh?." tanya si ibu. "Siapalah orangnya yang sudi menjadi isteri saya, ibu? saya cacat." jawab Hasan. "Hasan, kalau sungguh kau ingin beristeri, jangan suah. Ibu akan berdoa kepada Allah s.w.t. dan kau pun berdoa juga. Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Hasan." nasihat si ibu dengan suara yang lunak.

Hasil perbincangan kedua beranak itu maka akhirnya dihantarlah seorang utusan kekampung halaman mereka di selatan Thailand dengan membawa sekeping gambar wajah Hasan yang memang lawa itu. Orang itu diamanahkan untuk mencari jodoh wanita solehah dan berbudibahasa. Dia diwakilkan menerima akad bagi pihak dari Hasan.

Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah s.w.t, jodoh ditemui dan akhirnya diijab-qabulkan. Beberapa hari kemudian, wanita itu dibawa ke Makkah dan dipertemukan dengan pasangannya yang sedang menunggu disana. Wanita itu diperkenalkan dengan suami dan ibu mertuanya. Aduh... alangkah terperanjatnya wanita itu apabila terpandang suaminya yang cacat. Dia terperanjat besar. Dia sama sekali tidak menyangka suaminya cacat sedemikian rupa. Wanita itu jatuh pengsan. Hasan pun bersedih mengenangkan nasib dirinya. Isteri yang baru ditemui nampaknya enggan menerima Hasan sebagai suaminya.

Melihat keadaan demikian, si ibu yang solehah itu segera mengambil wuduk lalu pergi ke Masjidil Haram lalu mendirikan solat dua raka'at, kemudian berdoa kepada Allah s.w.t. semoga wanita tadi sembuh dari pengsannya.

"Ya Allah, sembuhkanlah menatuku, isteri kepada anak kesayanganku. Limpahkan perasaan kasih dan sayang dihatinya terhadap anakku, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani." doa si ibu dengan sungguh-sungguh didepan Kaabah.

Si ibu pun lalu mengambil air Zamzam untuk diberi minum kepada menantunya dirumah. Sesampainya dia rumah, Alhamdulillah, si ibu mendapati menantunya sudah sedar. Dia sudah mula mengorak senyum. Sedih telah hilang berganti kegembiraan. Dia bangun memeluk ibu mertuanya dengan erat sambil berkata. "Maafkan saya, ibu. Maaafkan saya, ibu. "Kemudian dia mendekati suaminya sambil berkata "Maafkan saya, bang. Maafkan saya, bang." sambil mencium dahi Hasan, suaminya. Hasan menitis air mata kegembiraan. Dia bersyukur kepada Allah s.w.t. Nampaknya si isteri sudah menerima dirinya sebagai suaminya.

Ya, berkat doa ibunya maka Allah s.w.t. telah meletakkan dihati wanita itu perasaan cinta, kasih dan sayang kepada suaminya yang cacat. Mungkin dia berkata didalam hatinya "Kalau aku tidak mahu menjadi isterinya, siapakah wanita lain yang sudi menerimanya sebagai suami."

Hasil perkahwinan mereka itu telah dikurniakan lapan orang anak. Hasan sekeluarga tinggal disebuah perkampungan kira-kira empat kilometer dari Masjidil Haram. Mereka tinggal disebuah rumah dua tingkat yang selesa. Hasan hidup bahagia, mendapat limpahan rahmat dan keberkatan Ilahi. Hasan mempunyai sumber pendapatan tetap sara hidup yang lumayan. Dia juga memiliki sebuah kereta siap dengan pemandunya serta pembantu rumah.

Kali terakhir penulis kisah benar ini bertemu dengan salah seorang anak Hasan ialah pada tahun 1998. Penulis tidak dapat bertemu dengan Hasan pada ketika itu kerana Hasan berkebetulan keMadinah.

Sungguh Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia yang mencipta hamba-Nya dan Dialah yang memberi nikmat kesenangan kepada siapa yang dikehendakiNya. Biarpun cacat, kudung kedua tangan serta kakinya, namun Hasan tetap berjiwa takwa. Orang yang bertakwa dikasihi Allah s.w.t.

Allah s.w.t. melimpahi rezeki yang tidak putus-putus dan segala masalah mendapat penyelesaian sebaik-baiknya. Hasan sungguh bahagia, lebih-lebih lagi apabila dia mendapat kasih sayang ibunya dan selalu didoakannya dengan doa-doa kebaikan, tambahan pula segala doa-doa itu dipanjatkan didepan Kaabah.

Tuesday, March 8, 2011

~Kegawatan Air~

Sudah lebih seminggu rumah saya di Ruvena Villa xda air...xtau la nak ckp per...semua kerja xmenjadi, nak balik umah pon xda mood...aper tah lagi nak masak...sedih tul. Tiap2 malam en.hubby kena angkut air. Kami yang tinggal berdua nie pon dah rase susah mcm mn la plak ngan penduduk yang berkeluarga besar ek??yang ada baby??yang ada anak 4,5 org..waduh susah tue...

X tau la per masalah sebenarnyer, management ckp penduduk xbyr bil air, penduduk ckp management xbyr bil kat Syabas...macam2 la...pape pon, sesaper yg salah tue xder ke perasaan belas ihsan kat org len...kami yang bru tggl 3 bulan kat situ pun terkena sama....

Ada gak discus ngan husband tuk pindah...p bila pk bab angkut barang, rase cam xsanggup plak...lagipun rumah yang kami beli dah xlama nak siap...nnt nk kena pindah lagi....so, buat ms nie bersabar la dulu...p klau dah xtahan jugak, saya xkira, saya nak pindah gakkk... :(

Please la...klau xda letrik rase nyer boleh tahan lagi...kalau xda air mmg xtertahan rase nyer....bila la masalah nie akan berakhir gamak nyer???

Thursday, February 17, 2011

~Bilang Tidak Pada Jerawat...~

Kedudukan jerawat dan info:

DAHI:~
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG:~
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU:~
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI:~
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN:~
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN):~
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

*Jangan ambil mudah dengan masalah jerawat k.....